Blog KaMi KoNSuMeR

Blog Kami Konsumer adalah merupakan satu alat bagi pelajar-pelajar UMT dan juga orang ramai untuk mendapatkan maklumat pengguna, tips pengguna, dan juga sebagai media untuk menyalurkan pendapat anda. Diharap melalui blog Kami Konsumer "One Stop Centre" semua pengguna dapat menjadi seorang pengguna yang bijak dan berhemat.

info harian

"Jika anda berbohong tentang sesuatu produk, anda akan didapati - baik oleh KERAJAAN, yang akan menghukum anda, atau oleh PELANGGAN, yang akan menghukum kamu dengan tidak membeli produk anda untuk kali kedua .

BENTONG: Kerajaan akan menggunakan teknologi penurapan jalan raya baru iaitu Polymer Modified Asphaltic Concrete (PMA) mulai tahun ini yang mampu mengurangkan kesan kerosakan jalan raya akibat banjir serta menjimatkan kos penyelenggaraan sehingga 20 peratus.

Teknologi dari Jerman yang dihasilkan daripada bahan campuran polimer asli dengan bitumen konvensional ini terbukti mampu mengurangkan pembentukan lelubang (potholes) di permukaan jalan dan rekahan melalui satu kajian yang dijalankan di Kelantan, sekali gus mengurangkan kerosakan dan meningkatkan hayat turapan.

Menteri Kerjaraya, Datuk Shaziman Abu Mansor, berkata pihaknya menyasarkan sekurang-kurangnya lima peratus penurapan dan penyelenggaraan jalan raya baru yang dikenal pasti sering menghadapi masalah banjir akan menggunakan kaedah ini setiap tahun dan dilaksanakan berperingkat.

“Kos menggunakan PMA ini agak tinggi iaitu 1.7 kali ganda daripada kos menggunakan asfalt konvensional tetapi penggunaannya mampu menjimatkan kos penyelenggaraan kira-kira RM200,000 bagi setiap kilometer setahun bagi tempoh 20 tahun.

“Kita mahu mempelbagaikan kaedah (penurapan jalan) mengikut kesesuaian, lebih kreatif dan inovatif serta menjimatkan kos kerana kerajaan terpaksa membelanjakan kos yang tinggi iaitu RM220 juta setahun untuk membaik pulih jalan raya yang rosak akibat banjir,” katanya selepas melancarkan penggunaan PMA dalam projek penyelenggaraan jalan di sini, semalam.

Turut hadir Menteri Kesihatan yang juga Ahli Parlimen Bentong, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Sementara itu, Shaziman berkata, sebanyak 60 peratus daripada kerja membaik pulih 30 jalan yang kerap berlaku kemalangan (blackspots) dijangka siap sepenuhnya pada September atau Oktober ini.
“Dalam tahun ini, kita memperuntukkan kira-kira RM15 juta untuk membaik pulih lokasi blackspots dan kita percepatkan kerja berkenaan supaya siap lebih awal daripada yang dijadualkan kerana ia memberi impak besar kepada pengguna,” katanya.

Selain itu, katanya, kementerian akan mempercepatkan kerja menaik taraf jalan antara Bentong ke Pantai Timur yang dijangka siap dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10).

Katanya, kerajaan juga sudah mengambil kira pemasangan lampu jalan menggunakan teknologi Diod Pemancar Cahaya (LED) yang dapat memberi kecerahan dan pencahayaan lebih baik, mesra alam dan mempunyai jangka hayat tiga kali ganda lebih lama daripada jangka hayat lampu jalan sedia ada.

Sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/TeknologiJermanatasijalanrosak/Article

0 Responses so far.

Post a Comment